Author: rosmatrabu
•6:00 PTG
AL- FATIHAH............






بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ



اَلْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam

Selawat dan salam

ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Kami mengangkat tangan menadah

Mohon diberi taufik dan inayah

Agar Istiadat Konvokesyen UiTM Terengganu kali ke 74 berjalan gah

sampai ke penghujung tanpa masalah



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Pada pihak pengurusan

Dari atasan hingga yang dibawahan:

Tetapkan keimanan

Kekalkan kesihatan

Tajamkan pemikiran

Waraskan tindakan

Cantikkan keperibadian

Kentalkan semangat dalam didikkan





اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Pada ibubapa yang memenuhi ruangan dewan:

Tiada lafaz yang mampu diucapkan

Selain Pujian Kesyukuran

Tatkala doa dimakbulkan

Melihat anak dengan jubah kejayaan

Hilang seluruh kepenatan

Berbaloi segala pelaburan



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ



Dari kami graduan yang diraikan:

Bersyukur di setiap hikmah pemberian

Dari kepayahan membawa kemudahan

Dari kesusahan membawa kesenangan

Dari kegelapan membawa sinar dan harapan



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Dengan izinMu jua

Kami melangkah ke Universiti Teknologi MARA tercinta



Dengan izinMu jua

Segala ranjau onak dapat di atasi akhirnya



Dengan izinMu jua

segulung warkah digenggam kami sebagai hasilnya



Dengan izinMu jua

Semua pihak tersenyum ceria



Dan

Dengan izinMu jua



Air mata gembira

Mengalir tanpa disengaja



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Limpahkan ganjaran

Mereka yang memberikan sokongan

Juga yang memberi dokongan

Biarpun kecil dalam sumbangan



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Titipkan setinggi-tinggi penganugerahan

Pada ibu yang melahirkan:

Kasih sayang berpanjangan

Kerna dia yang menghayun buaian

Menjaga siang dan malam



Pada bapa yang membesarkan:

Kecekalan dan kesabaran

Kerna dia membanting tulang

Mencari rezeki memberi suapan





Pada guru yang menyampaikan:

Kerahmatan berterusan

Kerna dia ilmu bertebaran

Dalam usaha memberi kefahaman



Pada pihak pemberi sokongan:

Keikhlasan dalam setiap amalan

Kerna sokongan menambah kekuatan

Dalam meniti liku-liku kehidupan



Dan

Pada Universiti Teknologi Mara tercinta khususnya:

Curahkan rahmat yang tidak terhingga

Kerna Berjuang Mengubah destini anak bangsa

Menjadi warga berjaya dan berjasa

Menobat agama dipersadanya



Hindarkan Ya Allah

Hindarkan Ya Allah kejayaan hari ini

Menjadikan kami lupa diri

Tidak mengenal erti budi

Akhirnya akan membinasakan diri



Hindarkan Ya Allah kejayaan yang dikecapi

Menjadikan bongkak takbur diri

Lupa pada ikrar dan janji

Pastinya akan memudarat diri sendiri



Ya Allah

Janganlah kerna ilmu sedikit yang dimiliki

Menjadikan kami rasa tinggi diri

Sebaliknya suburkan sifat rendah diri

Dengan sentiasa memujiMu Ilahi



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ



Dalam pepatah ada ungkapan

Bumi mana tidak ditimpa hujan

Setiap insan menanggung kesalahan

PadaMu Ya Allah mohon keampunan



Akhirnya Ya Allah

Ampuni dosa kami

Ampuni dosa kedua ibubapa kami

Ampuni dosa guru-guru kami

Dan Ampuni dosa muslimin muslimat yang dikasihi





اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن
This entry was posted on 6:00 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: