Author: rosmatrabu
•5:54 PTG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam

Selawat dan salam

ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Kami mengangkat tangan menadah

Mohon diberi taufik dan inayah

Agar expo kerjaya berjalan mudah

sampai ke penghujung tanpa masalah



Ya Allah

Sememang menjadi lumrah kehidupan

Untuk merebut peluang pekerjaan

Apatahlagi yang berada di hadapan

Setelah berhempas pulas namanya kepenatan

Siang dan malam Tahun bergantian

Mengharungi liku-liku kehidupan

Di UiTM Terengganu tempat pengajian

Bagi memastikan sijil berada digengaman



Oleh itu Ya Allah Ya Rahman



Berikan kejayaan demi kejayaan

Mudahkan dalam kesukaran

Lancarkan dalam kekeluan

Indahkan dalam kejelikkan

Maniskan dalam kepeduan

Dan

Gembirakan dalam kesedihan



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ

Jadikan expo kerjaya ini titik permulaan

Bagi membangun sebuah impian

Dalam meniti kejayaan

Agar hilang segala kepenatan



اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ



Dalam pilihan pasti bercelaruan

Antara impian dan idaman

Tunjukkan Ya Allah akan ilham

Agar menepati suatu keutamaan



يَا اَللهُ

Berikan ketetapan iman

Mereka yang penuh pengharapan

Berdoa siang malam

Agar beroleh suatu pekerjaan



Berikan khabar kegembiraan

Kepada guru yang mengajarkan

Susah senang memberi pendidikan

Berjaya dalam pekerjaan



Berikan keamanan dan keselamatan

Mereka yang memberikan sokongan

Biar sedikit dalam sumbangan

Dikalangan rakan taulan



Jangan sesekali Ya Allah

Jangan Ya Allah



Jangan kami lupa diri

Kelak membinasa diri sendiri



Jangan kami puji diri

Sesal bakal menanti



Jangan kami takbur diri

Akan Rugi dikemudian hari



Jangan batas dilampaui

Kemurkaan Allah yang pasti







Sekali lagi ya Allah



Jadikan medan pekerjaan

pengukuh keimanan

penyeri kehidupan

pencetus perubahan

pemilik kegembiraan

Penganjur kesejahteraan



Akhirnya Ya Allah



Ampuni dosa kami

Ampuni dosa kedua ibubapa kami

Ampuni dosa guru-guru kami

Dan

Ampuni dosa muslimin muslimat yang dikasihi
This entry was posted on 5:54 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 ulasan: