Author: rosmatrabu
•4:55 PTG
Alhamdulillah

Segala puji dan syukur padaMu Ya Allah
Tuhan semesta alam
Selawat dan salam pada Rasulullah
Muhammad SAW

Ya Allah

Kami mengangkat tangan menadah
Mohon diberi taufiq dan inayah
PadaMu Ya Allah kami berserah
Setiap permintaan mohon diijabah

Ya Allah
Bersempena sesi pertemuan
Diantara Pendaftar dan staf Cawangan
Moga membuka minda dan pemikiran
Demi mencapai maksud kehadiran

Allahumma Ya Allah
Pada Pendaftar yang dirai
Ibarat ibu kandung sendiri
Jangan kami dipandang sepi
Walau jauh berlainan negeri

Andai ada yang patut diberi
Bukan saja pandang di sisi
Pandang juga yang di sini
Agar semua rasa dihargai

Pada staf UiTM Sabah yang disayangi
Berkhidmatlah seikhlas hati
Jangan rasa terpinggir diri
Pasti Allah yang menilai nanti

Ya Allah
Nafsu tidak pernah berhenti
Melayari kepuasan duniawi
Diberi sikit tidak mencukupi
Diberi banyak nak tambah lagi
Oleh itu Ya Allah
Terbitkan rasa kesedaran diri
Takut punya kepentingan diri
Hingga memijak rakan sendiri
Demi mencapai hajat dihati

Bulat air kerana pembentung
Bulat kata kerana muafakat
Bicara kami janganlah omong kosong
Gandingan mantap membawa berkat

Ya Allah
Dalam pepatah ada ungkapan
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Setiap insan menanggung kesalahan
PadaMu Ya Allah mohon keampunan


Jauhkan Ya Allah...

Jauhkan dari terkasar bahasa
Dalam pepatah terdapat kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa
Jauh dari bermasam muka
Agar tiada salah sangka
Demi menjalin hubungan mesra
Diantara kita rakan sekerja

Jauh dari kata mengata
Hanya membuang waktu dan masa
Kelak kita bermuram durja
Tiada rakan untuk berbicara

Jauh dari buruk sangka
Antara kita rakan sekerja
Percayalah tiada yang gembira
Hanya mengundang dosa sahaja

Ya Allah
Rakan sekerja sentiasa berurusan
Dari pagi hingga ke petang
Tidak mustahil berlaku kesilapan
Mohon ditegur dibiarkan jangan

Ya Allah
Yang silap tidak salah
Yang salah tetap salah
Mohon cepat diberi hidayah
Agar..
tiada mengundang pelbagai masalah



Akhirnya Ya Allah
Sekali lagi dengan penuh pengharapan
Agar diampun setiap dosa kesalahan
Kerna usia yang terus kehadapan
Dan dosa yang kerap dilakukan

dibaca pada: 29/1/2010
Dewan serbaguna UiTM Sabah
Author: rosmatrabu
•9:02 PTG

Author: rosmatrabu
•4:40 PTG

Author: rosmatrabu
•2:41 PG

Author: rosmatrabu
•2:38 PG