Author: rosmatrabu
•7:13 PTG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Alhamdulillah
Segala puji an bagi Allah Tuhan sekalian alam
Selawat dan salam pada nabi junjungan Muhammad S.A.W

Ya Allah
Tetapkan pendirian dan pegangan
Tanpa was-was dan keraguan
Sebagai tanda mantapnya iman
Dalam mendokong agamaMu Ya Rahman

Ya Allah
Kami menadah tangan mohon keampunan
Kerna begitu khuatir dalam tindakan:
Asbab kami yang dinilai beroleh penderitaan
Asbab kami yang dinilai akan terkesan
Asbab kami yang dinilai terasa penganiayaan
Dan
Asbab kami akan mengundang doa yang bukan-bukan

Ya Allah
Mudah-mudahan dari kursus pengurusan Penilaian Prestasi berkesan
Membuka ruang minda dan pemikiran
Agar tidak salah membuat penilaian
Demi melaksana satu keadailan

Ya Allah
Sememang sukar mencari sicemerlang
Hanya berpandu pada landasan
Mohon diperbetul setiap kesilapan
Supaya tidak berlaku penginayaan

Ya Allah
Yang silap tidak salah
Yang salah tetap salah
Jangan kami rasa bersalah
Setiap penilaian diberi hidayah



اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً {رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tarikh:9/10/09
Tempat:Hotel Tang Dynasty KK
Author: rosmatrabu
•6:34 PTG
(Terpulang kepada anda untuk membuat pembuka dan penutup doa mengikut kesesuaian)

Segala puji bagiMu Ya Allah
Tuhan Pencipta alam
Selawat dan salam pada kekasihMu Rasulullah
Muhammad S.A.W

Ya Allah
Bersempena sambutan
Menyambut hari perayaan
Kami menadah tangan
mohon diberi keberkatan

Ya Allah
Di pagi yang indah nian
Suasana penuh keharmonian
Kami mengambil ruang kesempatan
Dengan saling bermaaf-maafan

Ya Allah
Dalam pepatah ada ungkapan
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Setiap insan menanggung kesalahan
PadaMu Ya Allah mohon keampunan

Jauhkan Ya Allah...

Jauhkan dari terkasar bahasa
Dalam pepatah terdapat kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Jauh dari bermasam muka
Agar tiada salah sangka
Demi menjalin hubungan mesra
Diantara kita rakan sekerja

Jauh dari kata mengata
Hanya membuang waktu dan masa
Kelak kita bermuram durja
Tiada rakan untuk berbicara

Jauh dari buruk sangka
Antara kita rakan sekerja
Percayalah tiada yang gembira
Hanya mengundang dosa sahaja

Ya Allah
Rakan sekerja sentiasa berurusan
Dari pagi hingga ke petang
Tidak mustahil berlaku kesilapan
Mohon ditegur dibiarkan jangan

Ya Allah
Yang silap tidak salah
Yang salah tetap salah
Mohon cepat diberi hidayah
Agar..
tiada mengundang pelbagai masalah

Ya Allah

Bulat air kerana pembentung
Bulat kata kerana muafakat
Bicara kami janganlah omong kosong
Gandingan mantap membawa berkat

Akhirnya Ya Allah
Sekali lagi dengan penuh pengharapan
Agar diampun setiap dosa kesalahan
Kerna usia yang terus kehadapan
Dan dosa yang kerap dilakukan
Author: rosmatrabu
•6:27 PTG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Segala Puji dan syukur kehadratMu Ilahi
Selawat dan salam Pada Nabi junjungan yang diingati

يَا اَللهُ
Dengan izinMu jua
Seminar Dasar Malaysia di penghujung ia
Dengan izinMu jua
Tiada kekalutan yang mengundang bicara
Dan
Dengan izinMu jua
Semua pihak tersenyum gembira


Anugerahkan Ya Allah Ya Rahman
Kecemerlangan kehidupan
Mereka yang bertungkus lumus menjayakan
Dari mula hingga penamatan

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Limpahkan ganjaran
Mereka yang memberikan sokongan
Juga yang memberi dokongan
Biarpun kecil dalam sumbangan

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Titipkan
Pada penutur Ilmu yang menyampaikan:
Kesejahteraan
Pada yang setia mendengar kan:
Kerahmatan
Dan
Pada pihak pengurusan:
Keikhlasan dalam amalan

Akhirnya Ya Allah
Janganlah kerna ilmu sedikit yang dimiliki
Menjadikan kami rasa bongkak diri
Sebaliknya tanamkan sifat rendah diri
Dengan sentiasa memujiMu Ilahi

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً {رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tarikh:8/10/09
Tempat:Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Author: rosmatrabu
•5:48 PTG
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam
Selawat dan salam
ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Kami mengangkat tangan menadah
Mohon diberi taufik dan inayah
Agar Seminar Dasar Malaysia Anjuran UiTM & Kerajaan Negeri Sabah
sampai ke penghujung tanpa masalah

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Curahkan petunjuk hidayah
Pada pembentang yang bersusah payah
Moga penyampaian lancar terarah
Agar pemahaman menjadi mudah

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Perbetulkan pemikiran songsang
Pada hadirin/pendengar yang datang
Agar cahaya ilmu kian berkembang
Moga.. dapat menyuluh jalan hadapan

اَللَّهُمَّ يَا اَللهُ
Berikanlah kekuatan semangat dan ketabahan
Pada AJK pelaksana mahupun pengurusan
Kerana perjalanan perlukan pengorbanan
Jika tidak erti seminar tak kan kesampaian

يَا اَللهُ
Untuk Negara kami Malaysia
khususnya Negeri Sabah tercinta:
Jauhkan dari malapetaka
Jauh dari musibah bencana
Jauh dari wabak sengsara
Jauh dari gerak gempita
Hadirkan Ya Allah Ya Rahman
Padanya Penghuni watan:
Nikmat kesejahteraan
Saling bersyukuran

Nikmat Perpaduan
Saling Bergandingan

Nikmat kerukunan
Saling bermaafan

Hindarkan:
Bencana yang membawa penderitaan
Hindarkan:
Permusuhan yang membawa kemusnahan
Hindarkan:
Perbalahan yang menghakis nilai kemanusiaan

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلأخِرَةِ اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّا الْبَلاَءَ وَالْوَبَاءَ وَالْغَلاَءَ لاَ كَاشِفَ وَلاَ دَافِعَ لَهُ غَيْرُكَ.

اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِى اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَاجْعَلْ حَيَاتَنَا حَيَاةً طَيِّبَةً ءَامِنَةً مُطْمَئِنَّةً {رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ} {رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ} وَصَلَّى الله ُ وَسَلَّمَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Tarikh :6/10/09
Tempat :Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah