Author: rosmatrabu
•12:46 PG
Segala Puji bagiMu Ya Allah
Tuhan Pencipta alam
Selawat dan salam pada Rasulullah
Nabi junjungan Muhammad SAW

Ya Allah

Bersempena sambutan
Menyambut  perayaan
Kami menadah tangan
Mohon diberikan keberkatan

Ya Allah

Di pagi yang indah nian
Suasana penuh keharmonian
Kami mengambil ruang kesempatan
dengan saling bermaaf-maafan

Ya Allah

Dalam pepatah ada ungkapan
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Setiap insan menanggung kesalahan
PadaMu Ya Allah mohon keampunan

Jauhkan Ya Allah

Jauhkan dari terkasar bahasa
Dalam pepatah terdapat kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Jauh dari bermasam muka
Agar tiada salah sangka
Demi menjalin hubungan mesra
Diantara kita rakan sekerja

Jauh dari kata mengata
Hanya membunag waktu dan masa
Kelak kita bermuram durja
Tiada rakan untuk berbicara

Jauh dari buruk sangka
antar kita sesama kita
Percayalah tiada yang gembira
Hanya mengundang dosa sahaja

Ya Allah

Rakan sekerja sentiasa berurusan
dari pagi hingga ke petang
Tidak mustahil berlaku kesilapan
Mohon ditegur dibiar jangan

Ya allah

Yang silap tidak salah
Yang salah tetap salah
Mohon cepat diberi hidayah
Agar...
Tiada mengundang pelbagai masalah

Ya Allah

Bulat air kerana pembentung
Bulat kata kerana muafakat
Bicara kami janganlah omong kosong
Gandingan mantap membawa berkat

Akhirnya Ya Allah
Sekali lagi dengan penuh pengharapan
Agar diampun setiap dosa kesalahan
Kerna usia yang terus kehadapan
dan dosa yang kerap dilakukan
Author: rosmatrabu
•8:51 PTG
Author: rosmatrabu
•8:06 PTG
Posted by Picasa